Memulakan kisah inilah perjalananku hidupku dengan ceritera-ceritera yang indah terjadi dan berlaku dalam hidupku. Sedang aku membelek-belek gambar di dalam hard diskku terpandang tiga keping gambar yang memberi tamparan kenangan terhadapnya. Ada cerita di sebalik gambar di bawah ni.
P/s: Inilah keknya yang sedap
Gambar kek ni di ambil pada 07/01/2011,tahun arnab a.k.a tahun aku lahir kot klu ikut kalendar cina la klu ikut kalendar islam xtau. Inilah kali pertama aku menyambut hari jadiku buat pertama kalinya aku dikejutkan dengan kek yang sebegitu enak rasanya yang ditempah khas oleh kekasihku dengan kawannya bernama Waniey yang juga merupakan rakan sekuliah dengannya. Kenapa ianya sangat bermakna selain rasanya yang walewalehewalewale dan pertama kali aku menyambutnya? Ianya amat bermakna bagiku,walaupun ia disambut bukan pada tarikh lahirku iaitu 26/11/198X tetapi kejutan yang dibuat oleh buah hatiku amat tidak kusangka.
P/s: Gambar hampir sama takper kan.
Masihku ingat lagi kenangan ini berlaku pada hari Jumaat,hari yang baik tu sebab sebelum kejutan ni aku dan jantungku pergi pasar malam kat Padang Jawa,Shah Alam pergi beli makanan seperti kuew tiaw goreng,awekku suka ngat kuew tiaw ni sebab sedap dan puas hati dengan harganya yang berpatutan. Selesai membeli di pasar malam tersebut aku selaku driver memandu kereta menuju ke tasik Seksyen 7, Shah Alam untuk menjamu apa yang aku beli kat pasar malam ni. Lupa nak bagitau, pada masa ni ada dua orang follow sama. Masa ODW pi tasik awek aku ni duk men handphone manjang dan men mesej jek kejanya,aku bengang la sebab aku syak yang tak baik kat awek aku ni. Lalu dengan machonya aku rampas handphone MMC(MMC=My Miss Cool,Gelaran aku bagi untuk awekku) dengan niat hendak membace mesej yang diterima. Kerana tindakkan aku itu MMC pon bengang la aku pon bengang gak coz berahsia dengan aku tapi aku mengalah dan tak sempat membaca mesej yang diterima tersebut. Dengan perasaan bengangnya aku pergi ke satu meja dekat tasik tadi dan melantak kuew tiaw yang dibeli tadi tanpa mempedulikan awekku pon. Aku bila bengang aku lapar so kalau tengok aku makan banyak tu bermakna aku bengang la. Last aku tengok dia masa dia duk buka bonet keta pastu aku tak toleh ke belakang da dan terus makan dan makan.
P/s: Nama saya single 'D' jek,hu3
Saat tengah makan sambil bengang ni MMC muncul dibelakangku sambil memegang sebiji kek seperti didalam gambar sambil melafazkan "Hepi bufday bie",mukaku kaget dan tercegat untuk seketika di saat itu. Tiada ku duga dia merancang dengan teliti kejutan ini malah berjaya mengejutkan aku. Thank You Baby,inilah saat yang masih segar di ingatanku. Kawan-kawanku yang ada menyanyikan lagi bufday dan diakhiri dengan acaraku memotong kek ni. Walaupon dah setahun berlalu tapi ia masih jelas dimataku. Akanku kenang saat manis ini. TQ MMC.
Setiap langkah menuju destinasi


